Sabtu, 29 September 2012

Pameran denggi di korobori pengakap kanak-kanak antarabangsa 2012

   
Salah satu cara menyampaikan maklumat ialah melalui pameran.
Sejati Dengue Patrol telah mengadakan
 PAMERAN PENCEGAHAN DENGGI
di KOROBORI PENGAKAP ANTARABANGSA 2012
Pada 29 September 2012, hari ini.
 
 Tapak pameran Dengue Patrol
 
Mengedarkan risalah kepada pengunjung
 
Pertandingan mewarna 
 
 Pameran sepanjang korobori pengakap kanak-kanak antarabangsa 2012
 
 Pengunjung pameran

 

 

 

 

 

 
 
 
 


Jumaat, 28 September 2012

OPS Denggi : R.k.R (Rumah ke Rumah)

Tahukah anda nyamuk aedes mampu terbang sejauh 350 meter?
Disebabkan jarak terbang ini maka Sejati Dengue Patrol mengambil inisiatif mengadakan OPS Denggi di kawasan perumahan yang berhampiran dengan SK Jalan 3.
Jom lihat gambar-gambar ketika mereka menjalankan operasi.
 

Bertolak dari SK Jalan 3 pada jam 3 petang
Mencari jentik-jentik di dalam takungan air
Menerangkan langkah-langkah mencegah denggi melalui poster kepada pemilik rumah

Digigit nyamuk ketiga pemeriksaan adalah perkara biasa, oleh itu sentiasalah memakai balm penghalau nyamuk.

 Bergambar dengan tuan rumah sebelum meneruskan perjalanan

Memberi penerangan merupakan cara menyampaikan maklumat



 


Khamis, 20 September 2012

OPS Denggi bersama adik-adik Pra Sekolah SK Jalan 3

"KAMI SAYANG SK JALAN 3"
itulah yang dilaungkan oleh adik-adik Pra Sekolah SK Jalan 3 semasa menjalankan OPS Denggi hari ini.
 
Mari kita sama-sama lihat adakah adik-adik cilik yang baru berumur 5 dan 6 tahun ini berjaya menjumpai takungan air dan jentik-jentik sepanjang operasi ini.
 
"Tempat ni mana ada air bertakung la" Adik Damia berkata.

Ada ke jentik-jentik dalam longkang tu, cari jangan tak cari.
 
"Dalam ni tak ada jentik-jentik sebab ada ikan la" Adik Qashrina berkata.

"Eh! Eh!, ada air dalam tu" Kata Rafiq

"Dalam ni pun tak ada jentik-jentik sebab ada ikan kecik"

"Bersih la air ni" Rafiq berkata
"Nyamuk mesti suka ni" Aisyah membalas

"Tak ada pun jentik-jentik" Syaza berkata.

"Cantik ikan tu" Alya berkata.

"Ada benda la" Ameera berkata
 
Tahniah adik-adik pra sekolah pun boleh jumpa jentik-jentik

Adik-adik pra sekolah membuang air bertakung yang ada jentik-jentik
 
Tiada jentik-jentik...Tiada nyamuk aedes

Sekolah kami bebas denggi
TERBAIKKK!!!
Wah!!! Tahniah adik-adik pra sekolah SK Jalan 3 berjaya juga menjumpai jentik-jentik di kawasan sekolah. Musim hujan yang berterusan menyebabkan air banyak bertakung, pemeriksaan lebih kerap perlulah dilakukan.

Kalau adik-adik pra sekolah yang baru berumur 5 dan 6 tahun pun boleh lakukan, tentu anda boleh lakukan.

Jangan lupa, lakukan pemeriksaan di rumah dan persekitaran rumah anda paling kurang seminggu sekali selama 10 minit kerana anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa orang tersayang.

Ahad, 9 September 2012

Pertandingan menulis cerpen bertemakan demam denggi.

     Adik-adik pernah membaca cerpen? Cerpen adalah singkatan kepada CERITA PENDEK. Sempena program "Dengue Patrol" 1 pertandingan menulis cerpen bertema demam denggi diadakan. Berikut adalah maklumat mengenai pertandingan tersebut :
 
PERTANDINGAN MENULIS CERPEN
TEMA : DEMAM DENGGI
TAJUK CERPEN : BEBAS ASALKAN TIDAK LARI DARI TEMA
TARIKH TAMAT : 21 SEPTEMBER 2012
PANJANG CERPEN : TIDAK KURANG DARI 2 MUKA SURAT SAIZ A4
HADIAH :
 
TEMPAT PERTAMA : RM50
TEMPAT KE-2 : RM30
TEMPAT KE-3 : RM20
Setiap penyertaan akan diberi sijil.
 
Hasil karya anda hendaklah diserahkan kepada Cik Salwa binti Mohd Hadi atau emelkan ke alamat berikut : awa_salwa@yahoo.com
 
 
     Mesti ada yang tertanya-tanya, macam mana rupanya cerpen. Cerpen bukanlah sesuatu yang berbentuk rencana. Cerpen merupakan cerita yang anda hasilkan dari imaginasi atau pengalaman yang pernah anda lalui atau dapati dari sumber-sumber tertentu. Untuk lebih memahami apa itu cerpen, sila baca cerpen berikut :
 
 
TAJUK : MASIH ADA YANG SAYANG
Oleh : SALWA BINTI MOHD HADI
 
 
     Nila memandang ke langit yang biru, sayu terkenang ibunya yang sudah setahun meninggalkannya. "Kenapa ibu tinggalkan aku?" gerutu hatinya, "Aku jahat sangat ke?" tiba-tiba air matanya mengalir deras. Hatinya sayu, ayahnya sudah seminggu tidak pulang ke rumah setelah berkahwin dengan perempuan lain. "Semua orang tak sayang aku." Bisik hati Nila, perutnya sudah berbunyi-bunyi kerana kelaparan. Pembantu rumah yang diupah bapanya sibuk bergayut di telefon, kalau minta makan mesti tak di layan.
 
     Dengan langkah longlai, Nila berjalan ke taman permainan. Taman permainan lengang tiada orang di sana, semua pergi ke sekolah. Nila tidak pergi sekolah sebab ayah kata suruh cuti di rumah.
 
     " Adoi" Tiba-tiba Nila terjatuh kerana tersepak pelastik sampah yang bersepah di taman. Nila pandang sekeliling, dilihat banyak tin minuman, dan sampah pelastik bersepah-sepah di merata tempat. Semuanya bertakung dengan air kerana semalam hujan. Nila teringat, cikgu pernah cakap sampah yang menakung air boleh menjadi tempat pembiuakan nyamuk aedes.
 
     Nila terus berjalan, kakinya hanya menyepak tin-tin yang menghalang laluannya. Kemuadian dia duduk di buaian. Mula-mula perlahan dia menghayun buayan, lama kelamaan makin laju, hatinya rasa tenang seketika. Lama Nila bermain di taman seorang diri. Bila sudah penat, Nila duduk di bangku.
 
     "Enggggggggg...enggggg...enggggg" Nyamuk menghampiri Nila. "Ish, nyamuk ni" Nila menampar pada nyamuk yang hinggap padanya. "Ish aedes ni!" Detik Nila apabila melihat nyamuk yang berbelang-belang putih di seluruh badannya. Nila mengeluh, lalu melangkah pulang ke rumah.
 
      "Bibik lapar la" Nila berkata kepada pembantu rumah yang sedang leka bergayut dan menonton televisyen. "Iya, sekejap...sekejap. Kamu tidur dulu, nanti bibik masakkan" Pembantu rumah tersebut berkata tanpa memandangnya. Nila mengeluh, dia ke dapur untuk minum air kemudian ke biliknya untuk tidur semula.
    
       
Seminggu kemudian
 
     Sudah seminggu Nila tidak sekolah, ayah janji hendak pulang hari ini. Tapi kelibat ayah pun tidak kelihatan. Nila menggigil, entah mengapa sejak semalam badannya rasa tidak sihat. "Lapa..." Nila berkata sendirian sambil menggosok-gosok perutnya. Dalam seminggu ni pemabntu rumahnya hanya menyediakan nasi dengan telur goreng, itu pun hanya pada waktu tengah hari sahaja. Waktu sarapan, Nila akan minum susu segar dari peti ais dan pada waktu malam Nila tidur awal kerana lapar.
 
     Hari ini Nila tidak larat untuk keluar ke taman seperti selalu, badannya rasa panas, kepalanya sakit seperti ditimpa benda berat. Nila ke dapur, dia ingat cikgu pernah ajar kalau demam banyakkan minum air untuk mengurangkan panas badan. Setelah minum, dia kembali masuk ke bilik untuk tidur.
 
     Sudah 4 hari Nila demam, ayah masih tidak pulang. Badan Nila semakin panas, bibik cuma bagi Nila makan panadol dan membasahkan badan Nila dengan air. Kelihatan bibik sudah mula risau dengan keadaan Nila.
 
     Masuk hari ke-5 Nila demam Mira datang melawat, Mira kawan baik Nila dia risaukan Nila sebab Nila kata Nila hanya tidak hadir selama seminggu tetapi ini sudah masuk minggu ke-2 Nila tidak hadir.
     "Nila teruknye demam kau" Mira membasahkan tuala yang mengering di dahi temannya itu. Nila hanya menganguk tidak berupaya bercakap, mulutnya kering dan pecah-pecah kerana panas. Mira sedih melihat keadaan temannya itu. Mira ternampak banyak ruam merah tumbuh di tangan dan muka kawannya itu. Hatinya tidak sedap, kakaknya yang merupakan Inspector Junior di sekolah pernah memberitahunya tentang tanda-tanda denggi.
 
 
 
Di rumah Mira
 
 
      "Macam mana dengan Nila" Puan Nasuha ibu kepada Mira bertanya kepada anaknya yang berumur 10 tahun ketika di meja makan.
     "Nila demam mak, dia kata dah 5 hari dia demam" Mira mengunyah makanan sambil bercakap. 
     "Eh? Entah-entah denggi, lama sangat dia demam" Nana kakak kepada Mira menyampuk sambil tangannya mencapai pinggan dari pinggan lauk.
     "Tu la, Nila pun rasa camtu, badan dia panas sangat pastu ada bintik-bintik banyak kat badan dia. Mulut dia banda putih-putih yang sakit tu" Kata Nila.
     "Mata ikan tu, panas sangat gaknya badan dia. Ayah dia tak hantar ke klinik ke?" Puan  Nasuha berkata. "Ayah dia dah dekat 2 minggu tak balik".
     "Sekarang ni musim denggi, takut dia kena denggi" Tiba-tiba Encik Kamal yang senyap tiba-tiba menyampuk.
     "Tapi ayah, kalau dia kena semua tanda-tanda denggi tu tak smestinya denggi kan?" Nana berkata.
      "Haah, memang tak semestinya denggi, kena buat blood test dulu. Ada pesakit yang menunjukkan tanda-tanda demam denggi, tapi bila buat ujian darah, sel darah platelete yang tidak kurang dari 150,000mm3 maka dia tidak disahkan denggi. Ujian akan dilakukan beberapa kali dan kalau platelet darah turun mendadak hingga bawah 150,000mm3  baru disyaki denggi".
      "Ooooo macamtu " Mira dan Nana mengangguk-anggukkan kepala.
      " Lepas makan ni kita pergi rumah Nila bawa dia ke klinik " Encik kamal meneguk minuman.
      " Ok ayah " Mira senyum-senyum, dia sangat risaukan Nila.
 
Nila pengsan
 
     "Ayah kenapa tu?" Kelihatan pembantu rumah Nila sedang cemas di hadapan pintu pagar seperti menanti seseorang.
     " Kenapa ni? " Encik Kamal bertanya kepada pembantu rumah yang cemas setelah memberhentikan kereta di hadapan rumah Nila.
    "Nila pengsan, Nila pengsan, badannya panas" Pembantu rumah itu kelihatan hendak menangis. Mira dan encik kamal berlari masuk ke rumah dan ternampak tubuh kecil Nila kaku di hadapan bilik air. Tanpa membuang masa Encik Kamal mendukung tubuh kecil Nila dan membawanya ke arah kereta.
 
Di tanah perkuburan
 
 
     Mira kaku di sisi ayahnya. Suasana pagi yang nyaman dan sunyi hanya ditemani suara esakan seorang gadis kecil. Nila telah disahkan menghidap denggi tetapi kerana masih ada yang sayang padanya dia sempat diselamatkan. Nila memeluk pusara ibunya kemudian dia bangun bergerak ke arah teman baiknya yang juga penyelamatnya. Dia tersenyum pada mira dan ayahnya dalam hati berbisik " Terima kasih Allah kerana masih ada yang sayang padaku"

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
     
    


Khamis, 6 September 2012

Taklimat Bahaya Denggi

     Denggi? Bahaya ke tak bahaya? Ada orang tak ambil kesah pun tentang denggi, jangan tunggu dah kena baru nak ambil tahu. Oleh itu bagi bagi menambah kefahaman pasukan SEJATI Dengue Patrol terhadap bahaya denggi satu taklimat tentang bahaya denggi telah disampaikan oleh Cik Ila Sabrina bt Ismail yang didatangkan khas dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat pada hari rabu lepas iaitu pada 5 September 2012.
 
GAMBAR SEPANJANG TAKLIMAT BAHAYA DENGGI
 

PENERANGAN MENGENAI DENGGI

MEMBACA MAKLUMAT DENGGI

SESI SOAL JAWAB

TEMUBUAL PESERTA

SLIDESHOW DENGGI

LAKONAN "BAGAIMANA DENGGI MEREBAK"

MENYALIN VOCABULARY DENGGI

MODEL NYAMUK AEDES

MEMAHAMI & MENYALIN

MELIHAT MODEL NYAMUK DAN JENTIK-JENTIK HIDUP

GURU BESAR PUAN NOR HAINEI TURUT SERTA DALAM TAKLIMAT

JOM SOKONG PROGRAM DENGUE PATROL
SAMA-SAMA KITA MENCEGAH DENGGI

 


 
 
 
 

Rabu, 5 September 2012

Pelancaran Program Dengue Patrol

Kalau sebut Inspector Junior, jawatan tersebut memang tidak asing lagi di SK Jalan 3. Semua orang tahu Inspector Junior adalah satu jawatan yang diwujudkan di SK jalan 3 bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes di persekitaran SK Jalan 3.
 
Banner pelancaran program "Dengue Patrol" SK Jalan 3

     Tiba-tiba suatu hari pada 30 Ogos 2012 satu banner pelancaran program 'Dengue Patrol' di gantung di pagar sekolah SK Jalan 3 dan di tapak perhimpunan. Semua tertanya-tanya "Apa bendanya Dengue Patrol?". Ada yang boleh agak, tak kurang juga yang yang kosong sahaja di dalam kepala.
 
     Sebenarnya program 'Dengue Patrol' adalah sebuah program kemasyarakatan yang diadakan oleh Sanofi Pastuer, bahagian vaksin dalam kumpulan Sanofi. ia sebahagian dari komitmen berterusan Sanofi Pastuer untuk mengambil langkah proaktif melibatkan pendidikan dan penyertaan orang ramai terutamanya generasi muda dalam meningkatkan kesedaran tentang denggi dan juga kesihatan awam serta mempromosi langkah pencegahan untuk perlindungan yang lebih luas terhadap penyakit ini.
 
     Denggi Patrol adalah usahasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran dan Sanofi Pastuer. Initiatif Denggi Patrol menggalakkan dan memperkasa murid-murid sekolah rendah untuk memerangi denggi. Mereka akan diajar tentang betapa seriusnya penyakit ini, penyebarannya dan langkah pencegahan denggi dan seterusnya mempelopori aktiviti pencegahan denggi dalam komuniti terdekat dengan sekolah masig-masing seperti kawasan perumahan berhampiran. Aktiviti akan ditaja dan disokong oleh Sanofi Pastuer. 

     Ha, itulah sebenarnya "Dengue Patrol". Jadi sekolah kita sangat beruntung kerana telah dipilih oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat untuk menjalankan program "Dengue Patrol" ini. Dengan peruntukan yang diberikan oleh Sanofi Pastuer Sekolah SK Jalan 3 boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti pertandingan , ceramah dan kempen untuk mencegah Denggi.
     Pelancaran program "Dengue Patrol" yang bermula pada jam 7.15pagi dimulai dengan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Denggi. Sesiapa yang tidak pernah dengan lagu Denggi mari dengarkan bersama-sama.
 
 

      Kemudian program diteruskan dengan bacaan doa oleh Ketua Pelajar SK Jalan 3 bagi memberkati majlis tersebut.
 
     Selepas bacaan doa, guru besar SK Jalan 3 iaitu Puan Nor Hainei bt Abu Bakar memberikan ucapan dan merasmikan pelancaran program "Dengue Patrol" bagi sesi pagi. Di dalam ucapan beliau, Puan Nor Hainei menyeru agar pelajar-pelajar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran sekolah dan rumah seperti membuang sampah ke dalam tong sampah kerana amalan tersebut boleh mengelakkan sampah tersebut menjadi tempat takungan air apabila hujan turun dan seterusnya boleh mengelakkan pembiakan nyamuk aedes. Beliau juga berharap amalan ini sebati dalam jiwa pelajar dengan adanya program 6 minggu "Dengue Patrol".
 
    Aktiviti menarik semasa majlis pelancaran ini tak lain dan tak bukan ialah Pop Kuiz denggi kerana pelajar yang berjaya menjawab akan diberikan wang tunai sebanyak RM2.
 
 
 
Gambar-gambar sepanjang majlis