Rabu, 5 September 2012

Pelancaran Program Dengue Patrol

Kalau sebut Inspector Junior, jawatan tersebut memang tidak asing lagi di SK Jalan 3. Semua orang tahu Inspector Junior adalah satu jawatan yang diwujudkan di SK jalan 3 bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes di persekitaran SK Jalan 3.
 
Banner pelancaran program "Dengue Patrol" SK Jalan 3

     Tiba-tiba suatu hari pada 30 Ogos 2012 satu banner pelancaran program 'Dengue Patrol' di gantung di pagar sekolah SK Jalan 3 dan di tapak perhimpunan. Semua tertanya-tanya "Apa bendanya Dengue Patrol?". Ada yang boleh agak, tak kurang juga yang yang kosong sahaja di dalam kepala.
 
     Sebenarnya program 'Dengue Patrol' adalah sebuah program kemasyarakatan yang diadakan oleh Sanofi Pastuer, bahagian vaksin dalam kumpulan Sanofi. ia sebahagian dari komitmen berterusan Sanofi Pastuer untuk mengambil langkah proaktif melibatkan pendidikan dan penyertaan orang ramai terutamanya generasi muda dalam meningkatkan kesedaran tentang denggi dan juga kesihatan awam serta mempromosi langkah pencegahan untuk perlindungan yang lebih luas terhadap penyakit ini.
 
     Denggi Patrol adalah usahasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran dan Sanofi Pastuer. Initiatif Denggi Patrol menggalakkan dan memperkasa murid-murid sekolah rendah untuk memerangi denggi. Mereka akan diajar tentang betapa seriusnya penyakit ini, penyebarannya dan langkah pencegahan denggi dan seterusnya mempelopori aktiviti pencegahan denggi dalam komuniti terdekat dengan sekolah masig-masing seperti kawasan perumahan berhampiran. Aktiviti akan ditaja dan disokong oleh Sanofi Pastuer. 

     Ha, itulah sebenarnya "Dengue Patrol". Jadi sekolah kita sangat beruntung kerana telah dipilih oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat untuk menjalankan program "Dengue Patrol" ini. Dengan peruntukan yang diberikan oleh Sanofi Pastuer Sekolah SK Jalan 3 boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti pertandingan , ceramah dan kempen untuk mencegah Denggi.
     Pelancaran program "Dengue Patrol" yang bermula pada jam 7.15pagi dimulai dengan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Denggi. Sesiapa yang tidak pernah dengan lagu Denggi mari dengarkan bersama-sama.
 
 

      Kemudian program diteruskan dengan bacaan doa oleh Ketua Pelajar SK Jalan 3 bagi memberkati majlis tersebut.
 
     Selepas bacaan doa, guru besar SK Jalan 3 iaitu Puan Nor Hainei bt Abu Bakar memberikan ucapan dan merasmikan pelancaran program "Dengue Patrol" bagi sesi pagi. Di dalam ucapan beliau, Puan Nor Hainei menyeru agar pelajar-pelajar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran sekolah dan rumah seperti membuang sampah ke dalam tong sampah kerana amalan tersebut boleh mengelakkan sampah tersebut menjadi tempat takungan air apabila hujan turun dan seterusnya boleh mengelakkan pembiakan nyamuk aedes. Beliau juga berharap amalan ini sebati dalam jiwa pelajar dengan adanya program 6 minggu "Dengue Patrol".
 
    Aktiviti menarik semasa majlis pelancaran ini tak lain dan tak bukan ialah Pop Kuiz denggi kerana pelajar yang berjaya menjawab akan diberikan wang tunai sebanyak RM2.
 
 
 
Gambar-gambar sepanjang majlis
 






5 ulasan: