Ahad, 18 November 2012
Laluan Nyah Aedes (Say No To Aedes Route)
Jumaat, 16 November 2012
Pembukaan Bilik Operasi SEJATI Dengue Patrol.
Bilik Operasi SEJATI Dengue Patrol dibuka secara rasminya kepada pengunjung pada 18 September 2012. Walaupun tiada upacara perasmian diadakan tetapi bilik ini digunakan sepenuhnya oleh pasukan SEJATI Dengue Patrol dan murid-murid SK Jalan 3.
Bilik Operasi SEJATI Dengue Patrol : Hari ke-3
Yeay!!! akhirnya bilik operasi sudah siap, kini tiada lagi tempat pembiakan jentik-jentik di dalam kelas ini dan SEJATI Dengue Patrol ada tempat perjumpaan yang cantik.
Ini adalah rupa Bilik Operasi SEJATI Dengue Patrol setelah siap dihias walaubagaimanapun usaha menghias bilik ini berterusan sehingga minggu ke-6 program pencegahan denggi.
Ini pula adalah rupa terkini Bilik Operasi SEJATI Dengue Patrol. Bilik ini digunakan sepenuhnya sebagai bilik perjumpaan , tempat menjalankan aktiviti pelajar dan tempat pameran.
Bilik Operasi SEJATI Dengue Patrol : Hari ke-2
Membalut poster untuk hiasan bilik operasi
Mengeringkan tempat takungan air
Menyapu sampah
Akhirnya masalah kebocoran yang menyebabkan takungan air di dalam kelas terbiar di selesaikan. Pasukan Dengue Patrol yang kepenatan berehat sebentar dan berbincang bagaimana ingin menghias bilik operasi agar lebih menarik.
Bilik operasi SEJATI Dengue Patrol
Bilik operasi SEJATI Dengue Patrol pada asalnya adalah sebuah kelas terbiar yang tidak terurus dan merupakan salah satu tempat pembiakan jentik-jentik di SK Jalan 3 kerana takungan air yang berpunca dari kebocoran. Sebagai satu langkah menyelesaikan masalah takungan air di kelas tersebut SEJATI Dengue Patrol telah mengambil alih kelas tersebut dan menjadikannnya sebagai bilik operasi. Mari kita lihat gambar-gambar sepanjang pengubahsuaian tersebut.
Kerja pengubahsuaian berlaku selama 3 hari mulai 11 September 2012 hingga 13 September 2012.
HARI PERTAMA

Khamis, 15 November 2012
Pengenalan SEJATI Dengue Patrol
SEJATI merupakan perkataan singkatan bagi Sekolah Kebangsaan Jalan 3. (SE mewakili perkataan Sekolah , JA mewakili perkataan Jalan dan TI pula mewakili perkataan Tiga). SK Jalan 3 merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia yang terletak di Jalan 3 Bandar Baru Bangi Selangor.
DENGUE PATROL merupakan program pencegahan denggi yang ditaja oleh Sanofi iaitu sebuah badan bukan kerajaan. Ia merupakan sebuah program usahasama Kementerian Kesihatan , Kementerian Pelajaran dan Sanofi. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajr sekolah rendah memerangi denggi.
Aktiviti
Sepanjang 6 minggu menjalankan program pencegahan denggi banyak aktiviti telah dijalankan. Klik pada aktiviti di bawah untuk maklumat lanjut.
Minggu 1
Minggu 5
Minggu 1
- Buletin SEJATI Dengue Patrol
- Pelancaran program pencegahan denggi "Dengue Patrol"
- Pop kuiz pelancaran
- Laman facebook Sejati Dengue Patrol
- Kuiz 1 HARI 1 SOALAN
- Blog SEJATI Dengue Patrol
- Kajian mingguan aedes di sekolah
- Taklimat bahaya denggi
- OPS Nyah aedes : bersama adik-adik pra sekolah
- Membina bilik operasi SEJATI Dengue Patrol
- Bilik Operasi SEJATI Dengue Patrol : Hari ke-2
- Bilik Operasi SEJATI Dengue Patrol : Hari ke-3
- Pembukaan Bilik Operasi SEJATI Dengue Patrol.
- Gotong-royong
Minggu 5
- Pembangunan laluan nyah aedes dan papan info Dengue Patrol
- Pameran di korobori pengakap kanak-kanak antarabangsa
- Kempen HARI TANPA DENGGI
- Gimik HARI TANPA DENGGI
- Temubual bersama bekas pesakit denggi
- Pop kuiz temubual
- Ceramah pencegahan denggi
- Pop kuiz ceramah
- Demonstrasi fogging
- Pertandingan mewarna pra sekolah
- Pertandingan mewarna tahun 1
- Pertandingan melabel kitaran hidup nyamuk aedes
- Pertandingan mewarna poster besar tahun 4
- Pertandingan dikir barat denggi tahun 5
- Pertandingan mebina model nyamuk aedes tahun 6
Selasa, 13 November 2012
Pemenang KUIZ 1 HARI 1 SOALAN
KUIZ 1 HARI 1 SOALAN telah dijalankan selama 30 hari, setiap hari 1 soalan dikeluarkan. Setiap soalan bernilai RM10. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga SEJATI, pelajar-pelajar SK Jalan Bandar Baru Bangi, SK Jalan 4 dan SK Jalan 6.
Ramai pelajar yang menyertai kuiz ini walaubagaimanapun hanya 19 orang peserta yang berjaya menjawab dengan tepat.
Tahniah kepada semua pemenang.
Jumaat, 12 Oktober 2012
Kempen HARI TANPA DENGGI
KEMPEN HARI TANPA DENGGI
Tarikh : 4 Oktober 2012
Masa : 7.30 -12.30 (sesi pagi) , 2.00-6.30 (sesi petang)
AKTIVITI KEMPEN SESI PAGI
7.30 pagi hingga 7.45 pagi : Pelajar & guru berkumpul di tapak perhimpunan SEJATI
7.45 pagi hingga 8.00 pagi : Tarian TIADA AEDES TIADA DENGGI oleh pra sekolah
8.00 pagi hingga 8.30 pagi : Temubual bersama bekas pesakit denggi
8.30 pagi hingga 8.45 pagi : Kuiz
8.45 pagi hingga 9.30 pagi : Ceramah dan kuiz pencegahan denggi oleh cik Ila Sabrina Ismail dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat
9.30 pagi hingga 10.00 pagi : Demonstrasi fogging
11.00 pagi hingga 12.30 pagi : Pertandingan
PERTANDINGAN MEMBINA MODEL NYAMUK AEDES TERBESAR TAHUN 6
PERTANDINGAN DIKIR BARAT BERTEMAKAN PENCEGAHAN DENGGI TAHUN 5
PERTANDINGAN MENGHIAS & MEWARNA POSTER BESAR HAPUSKAN DENGGI
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER HAPUSKAN DENGGI PRA SEKOLAH
AKTIVITI KEMPEN SESI PETANG
Penari cilik sesi petang
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER BERTEMAKAN BEBAS DENGGI TAHUN 3
PERTANDINGAN MELABEL & MEWARNA KITAR HIDUP NYAMUK TAHUN 2
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER HAPUSKAN DENGGI TAHUN 1
Sabtu, 29 September 2012
Pameran denggi di korobori pengakap kanak-kanak antarabangsa 2012
Salah satu cara menyampaikan maklumat ialah melalui pameran.
Sejati Dengue Patrol telah mengadakan
PAMERAN PENCEGAHAN DENGGI
di KOROBORI PENGAKAP ANTARABANGSA 2012
Pada 29 September 2012, hari ini.
Tapak pameran Dengue Patrol
Mengedarkan risalah kepada pengunjung
Pertandingan mewarna
Pameran sepanjang korobori pengakap kanak-kanak antarabangsa 2012
Pengunjung pameran
Jumaat, 28 September 2012
OPS Denggi : R.k.R (Rumah ke Rumah)
Tahukah anda nyamuk aedes mampu terbang sejauh 350 meter?
Disebabkan jarak terbang ini maka Sejati Dengue Patrol mengambil inisiatif mengadakan OPS Denggi di kawasan perumahan yang berhampiran dengan SK Jalan 3.
Jom lihat gambar-gambar ketika mereka menjalankan operasi.
![]() |
Bertolak dari SK Jalan 3 pada jam 3 petang |
![]() |
Mencari jentik-jentik di dalam takungan air |
![]() |
Menerangkan langkah-langkah mencegah denggi melalui poster kepada pemilik rumah |
Langgan:
Catatan (Atom)