Jumaat, 16 November 2012

Pembukaan Bilik Operasi SEJATI Dengue Patrol.

Bilik Operasi SEJATI Dengue Patrol dibuka secara rasminya kepada pengunjung pada 18 September 2012. Walaupun tiada upacara perasmian diadakan tetapi bilik ini digunakan sepenuhnya oleh pasukan SEJATI Dengue Patrol dan murid-murid SK Jalan 3.





Bilik Operasi SEJATI Dengue Patrol : Hari ke-3

Yeay!!! akhirnya bilik operasi sudah siap, kini tiada lagi tempat pembiakan jentik-jentik di dalam kelas ini dan SEJATI Dengue Patrol ada tempat perjumpaan yang cantik.

 
Ini adalah rupa Bilik Operasi SEJATI Dengue Patrol setelah siap dihias walaubagaimanapun usaha menghias bilik ini berterusan sehingga minggu ke-6 program pencegahan denggi.
 
 
Ini pula adalah rupa terkini Bilik Operasi SEJATI Dengue Patrol. Bilik ini digunakan sepenuhnya sebagai bilik perjumpaan , tempat menjalankan aktiviti pelajar dan tempat pameran.

 

Bilik Operasi SEJATI Dengue Patrol : Hari ke-2

 
Membalut poster untuk hiasan bilik operasi
 
 
 
 
Mengeringkan tempat takungan air
 
  
 
Menyapu sampah
 

 


Akhirnya masalah kebocoran yang menyebabkan takungan air di dalam kelas terbiar di selesaikan. Pasukan Dengue Patrol yang kepenatan berehat sebentar dan berbincang bagaimana ingin menghias bilik operasi agar lebih menarik.
 
 


Bilik operasi SEJATI Dengue Patrol

Bilik operasi SEJATI Dengue Patrol pada asalnya adalah sebuah kelas terbiar yang tidak terurus dan merupakan salah satu tempat pembiakan jentik-jentik di SK Jalan 3 kerana takungan air yang berpunca dari kebocoran. Sebagai satu langkah menyelesaikan masalah takungan air di kelas tersebut SEJATI Dengue Patrol telah mengambil alih kelas tersebut dan menjadikannnya sebagai bilik operasi. Mari kita lihat gambar-gambar sepanjang pengubahsuaian tersebut.
 
Kerja pengubahsuaian berlaku selama 3 hari mulai 11 September 2012 hingga 13 September 2012.
 
 
HARI PERTAMA
 
 
 


 
 
 
 
 


Khamis, 15 November 2012

Pengenalan SEJATI Dengue Patrol

SEJATI merupakan perkataan singkatan bagi Sekolah Kebangsaan Jalan 3. (SE mewakili perkataan Sekolah , JA mewakili perkataan Jalan dan TI pula mewakili perkataan Tiga). SK Jalan 3 merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia yang terletak di Jalan 3 Bandar Baru Bangi Selangor.
 
 
 
DENGUE PATROL merupakan  program pencegahan denggi yang ditaja oleh Sanofi iaitu sebuah badan bukan kerajaan. Ia merupakan sebuah program usahasama Kementerian Kesihatan , Kementerian Pelajaran dan Sanofi. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajr sekolah rendah memerangi denggi.
 
 
 
 
 
 

 
 

Aktiviti

Sepanjang 6 minggu menjalankan program pencegahan denggi banyak aktiviti telah dijalankan. Klik pada aktiviti di bawah untuk maklumat lanjut.

Minggu 1
Minggu 2
Minggu 3
Minggu 4
Minggu 5
Minggu 6
  • Kempen HARI TANPA DENGGI
    • Gimik HARI TANPA DENGGI
    • Temubual bersama bekas pesakit denggi
      • Pop kuiz temubual
    • Ceramah pencegahan denggi
      • Pop kuiz ceramah
    • Demonstrasi fogging
    • Pertandingan mewarna pra sekolah
    • Pertandingan mewarna tahun 1
    • Pertandingan melabel kitaran hidup nyamuk aedes
    • Pertandingan mewarna poster besar tahun 4
    • Pertandingan dikir barat denggi tahun 5
    • Pertandingan mebina model nyamuk aedes tahun 6

Selasa, 13 November 2012

Pemenang KUIZ 1 HARI 1 SOALAN

KUIZ 1 HARI 1 SOALAN telah dijalankan selama 30 hari, setiap hari 1 soalan dikeluarkan. Setiap soalan bernilai RM10. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga SEJATI, pelajar-pelajar SK Jalan Bandar Baru Bangi, SK Jalan 4 dan SK Jalan 6.
Ramai pelajar yang menyertai kuiz ini walaubagaimanapun hanya 19 orang peserta yang berjaya menjawab dengan tepat.
 
 
Tahniah kepada semua pemenang.
 
 
 



 


 
 




















 






















 

Jumaat, 12 Oktober 2012

Kempen HARI TANPA DENGGI

KEMPEN HARI TANPA DENGGI
Tarikh : 4 Oktober 2012
Masa : 7.30 -12.30 (sesi pagi) , 2.00-6.30 (sesi petang)
 
AKTIVITI KEMPEN SESI PAGI
7.30 pagi hingga 7.45 pagi : Pelajar & guru berkumpul di tapak perhimpunan SEJATI
 
7.45 pagi hingga 8.00 pagi : Tarian TIADA AEDES TIADA DENGGI oleh pra sekolah
 
 
8.00 pagi hingga 8.30 pagi : Temubual bersama bekas pesakit denggi
8.30 pagi hingga 8.45 pagi : Kuiz
 
 
8.45 pagi hingga 9.30 pagi : Ceramah dan kuiz pencegahan denggi oleh cik Ila Sabrina Ismail dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat
 
 
9.30 pagi hingga 10.00 pagi : Demonstrasi fogging
 
 
11.00 pagi hingga 12.30 pagi : Pertandingan
 
PERTANDINGAN MEMBINA MODEL NYAMUK AEDES TERBESAR TAHUN 6
 
PERTANDINGAN DIKIR BARAT BERTEMAKAN PENCEGAHAN DENGGI TAHUN 5
 
PERTANDINGAN MENGHIAS & MEWARNA POSTER BESAR HAPUSKAN DENGGI
 
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER HAPUSKAN DENGGI PRA SEKOLAH
 
 
AKTIVITI KEMPEN SESI PETANG
 
Penari cilik sesi petang
 
 
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER BERTEMAKAN BEBAS DENGGI TAHUN 3
 
 
PERTANDINGAN MELABEL & MEWARNA KITAR HIDUP NYAMUK TAHUN 2
 
 
 
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER HAPUSKAN DENGGI TAHUN 1
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Sabtu, 29 September 2012

Pameran denggi di korobori pengakap kanak-kanak antarabangsa 2012

   
Salah satu cara menyampaikan maklumat ialah melalui pameran.
Sejati Dengue Patrol telah mengadakan
 PAMERAN PENCEGAHAN DENGGI
di KOROBORI PENGAKAP ANTARABANGSA 2012
Pada 29 September 2012, hari ini.
 
 Tapak pameran Dengue Patrol
 
Mengedarkan risalah kepada pengunjung
 
Pertandingan mewarna 
 
 Pameran sepanjang korobori pengakap kanak-kanak antarabangsa 2012
 
 Pengunjung pameran

 

 

 

 

 

 
 
 
 


Jumaat, 28 September 2012

OPS Denggi : R.k.R (Rumah ke Rumah)

Tahukah anda nyamuk aedes mampu terbang sejauh 350 meter?
Disebabkan jarak terbang ini maka Sejati Dengue Patrol mengambil inisiatif mengadakan OPS Denggi di kawasan perumahan yang berhampiran dengan SK Jalan 3.
Jom lihat gambar-gambar ketika mereka menjalankan operasi.
 

Bertolak dari SK Jalan 3 pada jam 3 petang
Mencari jentik-jentik di dalam takungan air
Menerangkan langkah-langkah mencegah denggi melalui poster kepada pemilik rumah

Digigit nyamuk ketiga pemeriksaan adalah perkara biasa, oleh itu sentiasalah memakai balm penghalau nyamuk.

 Bergambar dengan tuan rumah sebelum meneruskan perjalanan

Memberi penerangan merupakan cara menyampaikan maklumat