Adik-adik pernah membaca cerpen? Cerpen adalah singkatan kepada CERITA PENDEK. Sempena program "Dengue Patrol" 1 pertandingan menulis cerpen bertema demam denggi diadakan. Berikut adalah maklumat mengenai pertandingan tersebut :
PERTANDINGAN MENULIS CERPEN
TEMA : DEMAM DENGGI
TAJUK CERPEN : BEBAS ASALKAN TIDAK LARI DARI TEMA
TARIKH TAMAT : 21 SEPTEMBER 2012
PANJANG CERPEN : TIDAK KURANG DARI 2 MUKA SURAT SAIZ A4
HADIAH :
TEMPAT PERTAMA : RM50
TEMPAT KE-2 : RM30
TEMPAT KE-3 : RM20
Setiap penyertaan akan diberi sijil.
Hasil karya anda hendaklah diserahkan kepada Cik Salwa binti Mohd Hadi atau emelkan ke alamat berikut : awa_salwa@yahoo.com
Mesti ada yang tertanya-tanya, macam mana rupanya cerpen. Cerpen bukanlah sesuatu yang berbentuk rencana. Cerpen merupakan cerita yang anda hasilkan dari imaginasi atau pengalaman yang pernah anda lalui atau dapati dari sumber-sumber tertentu. Untuk lebih memahami apa itu cerpen, sila baca cerpen berikut :
TAJUK : MASIH ADA YANG SAYANG
Oleh : SALWA BINTI MOHD HADI
Nila memandang ke langit yang biru, sayu terkenang ibunya yang sudah setahun meninggalkannya. "Kenapa ibu tinggalkan aku?" gerutu hatinya, "Aku jahat sangat ke?" tiba-tiba air matanya mengalir deras. Hatinya sayu, ayahnya sudah seminggu tidak pulang ke rumah setelah berkahwin dengan perempuan lain. "Semua orang tak sayang aku." Bisik hati Nila, perutnya sudah berbunyi-bunyi kerana kelaparan. Pembantu rumah yang diupah bapanya sibuk bergayut di telefon, kalau minta makan mesti tak di layan.
Dengan langkah longlai, Nila berjalan ke taman permainan. Taman permainan lengang tiada orang di sana, semua pergi ke sekolah. Nila tidak pergi sekolah sebab ayah kata suruh cuti di rumah.
" Adoi" Tiba-tiba Nila terjatuh kerana tersepak pelastik sampah yang bersepah di taman. Nila pandang sekeliling, dilihat banyak tin minuman, dan sampah pelastik bersepah-sepah di merata tempat. Semuanya bertakung dengan air kerana semalam hujan. Nila teringat, cikgu pernah cakap sampah yang menakung air boleh menjadi tempat pembiuakan nyamuk aedes.
Nila terus berjalan, kakinya hanya menyepak tin-tin yang menghalang laluannya. Kemuadian dia duduk di buaian. Mula-mula perlahan dia menghayun buayan, lama kelamaan makin laju, hatinya rasa tenang seketika. Lama Nila bermain di taman seorang diri. Bila sudah penat, Nila duduk di bangku.
"Enggggggggg...enggggg...enggggg" Nyamuk menghampiri Nila. "Ish, nyamuk ni" Nila menampar pada nyamuk yang hinggap padanya. "Ish aedes ni!" Detik Nila apabila melihat nyamuk yang berbelang-belang putih di seluruh badannya. Nila mengeluh, lalu melangkah pulang ke rumah.
"Bibik lapar la" Nila berkata kepada pembantu rumah yang sedang leka bergayut dan menonton televisyen. "Iya, sekejap...sekejap. Kamu tidur dulu, nanti bibik masakkan" Pembantu rumah tersebut berkata tanpa memandangnya. Nila mengeluh, dia ke dapur untuk minum air kemudian ke biliknya untuk tidur semula.
Seminggu kemudian
Sudah seminggu Nila tidak sekolah, ayah janji hendak pulang hari ini. Tapi kelibat ayah pun tidak kelihatan. Nila menggigil, entah mengapa sejak semalam badannya rasa tidak sihat. "Lapa..." Nila berkata sendirian sambil menggosok-gosok perutnya. Dalam seminggu ni pemabntu rumahnya hanya menyediakan nasi dengan telur goreng, itu pun hanya pada waktu tengah hari sahaja. Waktu sarapan, Nila akan minum susu segar dari peti ais dan pada waktu malam Nila tidur awal kerana lapar.
Hari ini Nila tidak larat untuk keluar ke taman seperti selalu, badannya rasa panas, kepalanya sakit seperti ditimpa benda berat. Nila ke dapur, dia ingat cikgu pernah ajar kalau demam banyakkan minum air untuk mengurangkan panas badan. Setelah minum, dia kembali masuk ke bilik untuk tidur.
Sudah 4 hari Nila demam, ayah masih tidak pulang. Badan Nila semakin panas, bibik cuma bagi Nila makan panadol dan membasahkan badan Nila dengan air. Kelihatan bibik sudah mula risau dengan keadaan Nila.
Masuk hari ke-5 Nila demam Mira datang melawat, Mira kawan baik Nila dia risaukan Nila sebab Nila kata Nila hanya tidak hadir selama seminggu tetapi ini sudah masuk minggu ke-2 Nila tidak hadir.
"Nila teruknye demam kau" Mira membasahkan tuala yang mengering di dahi temannya itu. Nila hanya menganguk tidak berupaya bercakap, mulutnya kering dan pecah-pecah kerana panas. Mira sedih melihat keadaan temannya itu. Mira ternampak banyak ruam merah tumbuh di tangan dan muka kawannya itu. Hatinya tidak sedap, kakaknya yang merupakan Inspector Junior di sekolah pernah memberitahunya tentang tanda-tanda denggi.
Di rumah Mira
"Macam mana dengan Nila" Puan Nasuha ibu kepada Mira bertanya kepada anaknya yang berumur 10 tahun ketika di meja makan.
"Nila demam mak, dia kata dah 5 hari dia demam" Mira mengunyah makanan sambil bercakap.
"Eh? Entah-entah denggi, lama sangat dia demam" Nana kakak kepada Mira menyampuk sambil tangannya mencapai pinggan dari pinggan lauk.
"Tu la, Nila pun rasa camtu, badan dia panas sangat pastu ada bintik-bintik banyak kat badan dia. Mulut dia banda putih-putih yang sakit tu" Kata Nila.
"Mata ikan tu, panas sangat gaknya badan dia. Ayah dia tak hantar ke klinik ke?" Puan Nasuha berkata. "Ayah dia dah dekat 2 minggu tak balik".
"Sekarang ni musim denggi, takut dia kena denggi" Tiba-tiba Encik Kamal yang senyap tiba-tiba menyampuk.
"Tapi ayah, kalau dia kena semua tanda-tanda denggi tu tak smestinya denggi kan?" Nana berkata.
"Haah, memang tak semestinya denggi, kena buat blood test dulu. Ada pesakit yang menunjukkan tanda-tanda demam denggi, tapi bila buat ujian darah, sel darah platelete yang tidak kurang dari 150,000mm3 maka dia tidak disahkan denggi. Ujian akan dilakukan beberapa kali dan kalau platelet darah turun mendadak hingga bawah 150,000mm3 baru disyaki denggi".
"Ooooo macamtu " Mira dan Nana mengangguk-anggukkan kepala.
" Lepas makan ni kita pergi rumah Nila bawa dia ke klinik " Encik kamal meneguk minuman.
" Ok ayah " Mira senyum-senyum, dia sangat risaukan Nila.
Nila pengsan
"Ayah kenapa tu?" Kelihatan pembantu rumah Nila sedang cemas di hadapan pintu pagar seperti menanti seseorang.
" Kenapa ni? " Encik Kamal bertanya kepada pembantu rumah yang cemas setelah memberhentikan kereta di hadapan rumah Nila.
"Nila pengsan, Nila pengsan, badannya panas" Pembantu rumah itu kelihatan hendak menangis. Mira dan encik kamal berlari masuk ke rumah dan ternampak tubuh kecil Nila kaku di hadapan bilik air. Tanpa membuang masa Encik Kamal mendukung tubuh kecil Nila dan membawanya ke arah kereta.
Di tanah perkuburan
Mira kaku di sisi ayahnya. Suasana pagi yang nyaman dan sunyi hanya ditemani suara esakan seorang gadis kecil. Nila telah disahkan menghidap denggi tetapi kerana masih ada yang sayang padanya dia sempat diselamatkan. Nila memeluk pusara ibunya kemudian dia bangun bergerak ke arah teman baiknya yang juga penyelamatnya. Dia tersenyum pada mira dan ayahnya dalam hati berbisik " Terima kasih Allah kerana masih ada yang sayang padaku"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan